KAWAN – Sukarelawan Pendidikan Komuniti

SELAMAT DATANG

BAGAIMANA PERTUBUHAN SUKARELAWAN PENDIDIKAN KOMUNITI MALAYSIA (AKADEMI KAWAN) BANTU KITA?

Pertubuhan Sukarelawan Pendidikan Komuniti Malaysia (Akademi KAWAN) merupakan salah satu NGOs Pendidikan yang berteraskan “Tarbiyyah Ammah” (Pendidikan Komuniti). Ia berpaksikan kepada pendidikan ”informal” dan pendidikan “non formal” yang menjadi penyumbang besar kearah penyempurnaan Pembangunan Insan, keluarga dan masyarakat seutuhnya. Bergiat aktif dalam gerak kerja kebajikan bersama masyarakat dalam kontek pendidikan di dalam komuniti. Antara projek awal yg dijalankan adalah projek menjaga kebersihan sungai dan menyediakan kemudahan tambahan untuk masjid. Akademi KAWAN telah menyenaraikan 3 Sungai Angkat dan 4 buah Masjid Angkat yang perlu di bantu.

JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN

JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN ADALAH SEBANYAK RM 660,000

SASARAN SUMBANGAN MASJID ANGKAT

KOS SUMBANGAN 4 BUAH MASJID ANGKAT :
RM 600,000

SASARAN SUMBANGAN SUNGAI ANGKAT

KOS SUMBANGAN 3 SUNGAI ANGKAT : RM 60,000

SASARAN SUMBANGAN PERTUBUHAN
SUKARELAWAN PENDIDIKAN KOMUNITI MALAYSIA (AKADEMI KAWAN)

SUMBANGAN SUNGAI ANGKAT

Sumbangan ini adalah disasarkan untuk Persiapan Sukarelawan, Kajian Awal Projek, Penyediaan Modul-modul Latihan dan Model untuk Sungai Angkat.

SUMBANGAN MASJID ANGKAT

Sumbangan ini adalah disasarkan untuk Pemasangan Panel Solar, Sistem Pengumpulan Air Hujan dan Air Wuduk, Tong Recycle dan Modal Awal Pertanian Bandar untuk Masjid Angkat.

FOKUS UTAMA KAMI

Manfaat Kepada Masyarakat
Setempat

Kualiti
Sungai

Kelestarian kualiti sungai yang baik dan suasana persekitaran sungai yang bersih dan sihat dapat memberi manfaat kepada masayarakat setempat.

Kerja
Sukarelawan

Melibatkan masyarakat dalam kerja sukarelwan sungai dengan menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan dan agensi penguatkuasaannya dalam menjaga kelestarian sungai dan sumber air.

Kariah
Masjid

Melibatkan masyarakat dalam kariah masjid yang cintakan alam semulajadi dengan menjadikan asas pertanian sebagai subjek aktiviti penyatuan masyarakat melalui masjid.

Kemakmuran
Tempat

Memakmurkan persekitaran masjid, lorong belakang rumah dan tanah lapang di taman-taman perumahan sekitar masjid dengan landskap yang hijau, mendamaikan dan memberikan pulangan ekonomi kepada semua ahli kariah

PERTUBUHAN SUKARELAWAN PENDIDIKAN KOMUNITI MALAYSIA (AKADEMI KAWAN)

Statistik Setakat Ini

1
Sukarelawan bersama kawan
1
negeri akademi kawan ditubuhkan
1
Ahli Aktif bersama Akademi kawan

KENAPA PILIH PERTUBUHAN SUKARELAWAN PENDIDIKAN KOMUNITI MALAYSIA (AKADEMI KAWAN)

Institusi masyarakat

Terdapat banyak institusi masyarakat termasuk fizikal dan sosial.

khidmat professional

Terdapat kemudahan sumber khidmat professional setempat untuk menjadi peneraju pengurusan dan pelaksanaan aktiviti Akademi KAWAN.

Sosio Ekonomi

Terdapat pelbagai sosio ekonomi masyarakat.

kemudahan dan peluang

Mempunyai kemudahan dan peluang untuk mengadakan hubungan strategik serta kolaborasi dengan institusi pendidikan dan NGOs berkaitan.

Ingin menyumbang secara mudah

Anda hanya perlu muat turun aplikasi MAE iaitu Maybank eWallet dan scan kod QR yang disediakan.